10....9....8.....7....6.....5.......4............3...............1.......
Assalamualaikum…. *awuuuchak awuuuchak*…
yeahh hari ini merupakan tahun baru dan kehidupan baru untuk semua orang, yeahhhh!
“Hello 2013, Byebye 2012”. Hehe! Tahun baru ni aku dah masuk umur yang ke
puluhan, bukan lagi belasan, korang tahu tahu jeh lah kan? Hrmm.. Aku tahu bila
sebut pasal tahun baru jeh semua nak celebrate, nak kena countdown kat bandar,
perlu ke semua tu? Sampai ada yang kata “Ekeley der, takkan celebrate kat rumah
kot? Jom la hang out”. Rasanya selagi tidak menjejaskan agama boleh lah kot,
ini tak sebelum Maghrib dah keluar, Isyak jangan cakap lah! Lepas dah countdown
overnight tak nak tidur konon tapi 5 minute lepastu dah mimpi pergi haji dah.
Apo pun tak boley. Itu boleh lah lagi sebab itu dosa dia sendiri, yang eden tak
tahan ni tahun baru ini ada yang ambik kesempatan nak beromen, eden ulang yo “BEROMEN”,
terutamanya pasangan couple. Beb, seriously orang tahun baru azam baru, kau
tahun baru baby baru? Haiyaa dey macha, tarak otak kaa? Kau mencemarkan tahun
baru kau tu, sia-sia jeh.
Cuba kau contohi aku yang macho lagi
bergaya (ada rasa nak muntah dan loya?). Aku lebih suka sambut new year aku
dengan orang yang aku sayangi iaitu… jeng jeng jeng….. family aku lah, siapa
lagi. Tak payah nak surprise surprise sangat lah kan. Aku bukannya apa, banyak
faedahnya aku rasa boleh dapat daripada kau duduk kat luar tu.
Anugerah faedah duduk dirumah daripada
keluar rumah dan calon-calonnya ialah:
- Dapat jimatkan duit
- Dapat tengok cerita best-best.
- Dapat tengok muka artis full kat tv, kalau kat pentas nampak badan jeh.
- Dapat countdown bersama keluarga, walaupun tak meriah tapi happy tau.
- Sambil countdown boleh makan cekodok, Maggie dan biskut lutut cicah kopi
- Boleh huru hara tanpa rasa segan dan silu
- Boleh baring pelbagai gaya, beribu jenama dan yang paling best, penghantaran seluruh dunia secara PERCUMA!!! (zalora)
Okay itu dah memalut tahap dewa dewi. Apa yang
aku tulis ini ada kebenarannya, aku tak suruh pun korang ikut. Tapi tak salah
juga nak countdown kat luar ramai ramaikan, aku tahu memang best! Dapat suasana
yang berbeza daripada duduk rumah jeh kan, terperap semua tu. Aku ada sebab
kenapa duduk dirumah. Sebab utamanya ialah new year is my mom birthday....
HAPPY BIRTHDAY MOM
(click for super zoom)
Hari ni merupakan hari lahir ibu aku Sharimah
binti Sharip yang ke 45. Beliau lahir 01/01/1968, cool gila kan? Yeahh, sebab
ini lah aku duduk dirumah sahaja. Semua orang di dunia ini tak kira lah India, Pakistan, Maroco, Sabak Bernam ke semuanya menyambut hari lahir ibu aku. Siap tolong
countdownkan lagi. Bangga ibu aku :D
Semperna tahun baru dan birthday ibu aku,
perkara pertama aku buat ialah pergi jumpa ibu, salam dia, cium pipi dan dahi
ibu dan ibu bacakan doa diumbun-umbun kepala aku dan diciumnya. Semoga doa
yang ibu bacakan tu menjadi kenyataan. Aminnn~….. tak dilupakan, orang yang
saya cintai dan sayangi Ummi Suhaili Saihan juga turut mengucapkan selamat
tahun baru dan mengucapkan selamat hari lahir kepada ibu aku. Dia sanggup buat
benda ni untuk aku.
(click for super zoom)
Aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada
semua orang yang telah membantu, mendidik, menjaga makan minum, memberi
pandangan, pendapat, dorongan, kepercayaan, dan persahabatan sepanjang tahun
2012. Aku doakan yang tahun baru ni akan menjadi tahun baru yang indah untuk
umat Islam di seluruh dunia, terumatanya
Palestin. Moga mereka hidup aman dan sejahtera hendak-Nya.
SELAMAT TAHUN BARU
#terima kasih membaca entri ni
# follow my [twitter]
No comments:
Post a Comment