Thursday, December 23, 2010

Perihal siPENCERITA


1.      
Aku dapat melihat dunia pada 24/12/1993 pada pukul 12.36 tengah hari. Lahir lah sorang budak hitam yang comel lagi tembam! Aku pown tak tahu nape dalam adik beradik aku, aku sorang jerh hitam. Sedangkan family aku kachok cine (sumpah tak bajet). Mak aku kate bukan hitam tapi SWEETBLACK. Haha~ love you SHARIMAH SHARIF. :) mak aku cerite kat aku yg aku lahir-lahir jerh terus hitamanis SEBAB?
-mak aku ejek cousin aku semasa mangandungkan aku (cousen aku HITAM)
-mak aku suke minum kopi (kopi KAPAL API kaw kaw hitam nye)
-doktor yang mnyambut aku india (doc TALABALAN..hentam)
-lahir tengah hari buto lak tu
Aku rela jerh jadi sweetblack, hehe!


1.       Aku lahir kat Malacca, tapi lepas mak aku habis pantang terus pindah KL sebab ayah aku kerja kat sana. Tapi aku dok KL tak lame, lepas adik aku yg ketiga lahir kat kampong terus pindah Melaka balik. Jadi budak SEJARAH balik. First aku dok kampong lepas bape bulan aku pindah kat TMN PENGKALAN INDAH sampai sekarang. Lame gak an dok taman nie, dekat 15 tahun.


1.       Teringat lagi mase aku first-first lagi masuk sekolah tadika. Dengan kasut zip-zap, bergalas beg roda, baju butang paling atas aku pergi sekolah gan ayah aku. perhhh, first aku masuk mmg takut gile r, paling aku tak dpat lupe kan aku tersungkur longkang sebab terlanggar batu! Aku bangun balik tengok-tengok kasut aku hilang. Pundek betul~ kasut zip-zap pertama ku hilang. Aku menangis selama 37 minit. Sedih beb. Akhirnya ayah membeli kasut zip-zap ku yg kedua. Jenama KIKO! Perhh , belagak gile dapat kasut baru. Haha! Dak lantun (gelaran akak aku) jelous jerh gan aku. aku berjalan keliling ke jiran tertangga sebab riak sangat.

        FAIL/GAGAL
1.       Semasa darjah satu perubahan mula dirasai, kasut zip-zap da jadi Melaka means SEJARAH. Sekarang kasut bertali. Butang telah turun satu anak tangga. Perjalanan semakin mendada, gigi mula menguning (jarang gosok, memgayau jerh lebih) , diri semakin hitam. Aku berkawan gan budak basikal larh. Macam bodoh dulu-dulu. Pergi mandi Sungai Pengkalan kat belakang kampong ( berbogel ). Tapi yang paling aku tak dapat lupa sepanjang aku sekolah rendah IALAH asyik dapat nombor 24 jerh periksa dari 24 murid ( darjah satu hingga darjah 3)

2.       Mase nak naik darjah empat aku dah INSAF, tu pun sebab da bertemu dgn orang yang paling budak2 takut. tok usup si pensunat Berjaya. Aku ingan sunat tu sakit larh sangat, tapi memang sakit pown. Haha! Aku punye degil tak moh pantang makan da memBESAR dah. :) sakit tuwh. Tapi dalam pantang aku da maen baling selipar dah. HERO melayu dgn kain pelikat larh kate kan. Masuk darjah empat aku da pandai sikit smpai darjah enam. UPSR aku dapat ABBCC! Boleh larh bagi seorang budak hitam. :)


3.       Mase da naik tingkatan satu pulak perubahan dah lebih ketara. Kasut dah jadi kasut tali dan berkulit. Butang dah turan dua anak tangga. Perjalanan kurang mendada, gigi mula memutih, diri semakin cerah ( guna SAFI ), fikiran pown dah matang sebab dah akil baligh. Pada masa ini larh kejantanan aku menonjol gan sudah mula mencari CINTA. Aku mula sari si PENCINTA yang akan menjadi wanita yang halal tok aku dan mnjadi seorang ibu kat ank-anak aku nanti. Tapi sampai sekarang cinta sejati belom diketemui. Tapi dalam cinta-cinta pown aku study gak walaupun kurang pandai (merendah diri kerh memang tak pandai?). PMR aku dapat lah ala kadar ABBCCCCC . coolll~

No comments:

Post a Comment